lihat gambar dibawah dan termenung campur fikir
ni status aku,aku buat status bukan mahu mengutuk tapi untuk kesedaran tapi tersilap ada orang terasa hati,.scroll dan tengok lagi gambar kat bawah untuk lihat gambar selanjutnya
tahu-tahu ada orang terasa hati....ni kali pertama kut aku buat status umun antarabangsa camni
sebelum
ni status what ever jek.aku tahu mungkin bahasa yang aku guna agak kasar tapi nak tegur
comment laah kat status saya awk...macam tak berani je.
status itu umun dan siapa yang termakan cili dan terasa dia buat laah tu.korang
tengok status orang tu like banyak jadi kesimpulannya korang buat sendiri.mwwkkkkk
tutup luahan perasaan ...waaaa...status aku macam aku hentam orang sebenarnya tak ia umun untuk satu malaysia.Bagi aku status aku adalah untuk beritahu kat orang sifat suka meniru ni sebenarnya adalah sebab tidak yakin dengan diri sendiri.Kita nampak orang Barat maju.Buat jet,buat TV,buat bom dan segala benda lagi.Macam maju perubatan,maju perikanan,maju perindustrian,dan sebagai macam kemajuan lagi sampai kalau sebut boleh lenguh seperti berlari pecut 100 meter.
Jadi kita pun mahu jadi macam Barat.Kita cakap Iggeris sebab dengan cakap Inggeris kita rasa sudah pandai dan bijak pula.Padahal orang Barat ada yang benci cakap Inggeris,cuma cakap bahasa mereka sendiri saja.Kita pakai skirt sependek mungkin atau mini skirt(tak ke same je),pakai subang dipusat,buat tatu,berpeluk cium merata-rata sebab nampak Barat buat begitu.Harap apabila tiru perangai tidak senonoh Barat,kita pun boleh jadi maju tanpa usaha.
Walhal aku tengok diBarat sudah pening fikir masalah sosial dan masyarakat.Serabut fikir macam mana hendak bagi hati tenteram dan aman setosa..
Kita ni nak jadi maju ,tetapi malas bekerja.Kita mahu jadi pandai,tetapi tidak mahu belajar.Kita ambil jalan mudah; tiru saja budaya mereka.Sebab bukan senang hendak jadi senang,bukan susah hendak jadi susah.
Korang akan berkata macam ni
"apa salahnya meniru.Artis,model,negara,tokoh terkenal.Kan bagus(anggapan saja)
Ada model,ada contoh,memang baik,Kita ada satu ikutan untuk jadi panduan untuk jadi lebih baik dan lebih menarik.Silap kita adalah kita suka meniru fizikal orang itu;bukan sifatnya.Apabila kita tengok ahli sukan contohnya,kita tidak mencontohi semangat berjuangnya yang tinggi atau sifat rajinnya dalam berlatih.Yang kita tiru adalah jenama pakaiannya.Dia pakai seluar Adidas,kita beli Adidas.Dia pakai kemaja Nike,kita beli Nike.
Kita tidak akan jadi macam dia dengan hanya memakai pakai seperti dia.
Ikuti laah negara Jepun yang bangga dengan bangsa,bahasa,fesyen dan sebagainya(pasti korang bosan asyik sebut jepun),okey negara lain pun sama seperti korea,Amerika dan sebagainya.KENAPA KITA NEGARA MALAYSIA TAK NAK BANGGA DENGAN BAHASA KITA?
#sesuatu bahasa akan berjaya apabila dia dapat mengangkat bahasa bangsa#
ni jelas kita tidak sayanggg kang bahasa kita tapi ni bukan bermaksud aku benci orang cakap omputih,cakap laah apa bahasa sekali pun colombia,vitnem,indonesia,perancis...semua laaaaahhhh aku tak marah,aku lagi suka adalah tapi jangan laah buang bahasa bangsa korang,kesian.
oleh itu tiru yang tidak baik itulah yang mudah dan akan bawa punah
teguh hati:contoh itu ambil yang jernih,buang yang keruh(sudah biasa)kita jadikan luar biasa sikit,Bukan kacau yang jernih,biar jadi keruh.
0 seyes betul ey?:
Post a Comment