03 March 2012

Menolak Tuah Daripada ALLAH

Nizam seorang yang boleh digolongkan bertuah kerana memiliki ayah yang amat menyayanginya lebih-lebih lagi dia anak tunggal.Dia yang telah kehilangan ibu ketika umur 10 tahun amat rapat dengan ayahnya.Walaupun manja  dia tetap berguna dan membuktikan dengan berusaha menjadi anak dibanggakan bapanya.Semua permintaan yang diminta tidak pernah ditolok.

Sebaik selesai majlis konvoikesyen,Nizam dipanggil oleh ayahnya ke bilik bacaan.Nizam dapat mengagak sesesuatu.Pasti ayahnya ingin memberikan kunci kereta sebagaimana yang dijanjikan.

Tambahan pula,ayahnya seorang jutawan terkemuka yang mampu membli apa-apa jua yang dihajatinya.Hati berbunga-bunga ditaman.

"Tahniah,anak ayah sudah mendapat segulung ijazah,"kata ayahnya sambil mengulurkan senaskhah al-quran.

"Al-Quran?Bukankah ayah sudah berjanji akan hadiahkan Nizam kereta sport?Kalau setakat al-Quran,di bilik nizam pun sudah ada,pilih je nak warna apa,kualiti apa,"bantahnya.

Kecewa dengan sikap ayahnya,Nizam mengambil keputusan keluar dari rumah membawa haluan sendiri.

LIMA TAHUN BERLALU.Nizam sudah mempunyai kerjaya yang stabil,isteri rupawan dan baik hatiwan,seorang anak yang comel dan rumah kediaman mewah

Suatu hari,Nizam dihubungi oleh seorang peguam.Rupa-rupanya ayahnya baru meninggal dunia dan semua harta telah milik kepada anak tunggalnya itu.Nizam kini mewarisi semua aset kekayaan ayahnya.

Rasa bersalah menjengah hatinya.Nizam mengambil keputusan untuk pulang.Sampai saja divila ayahnya,Nizam terus ke bilik bacaan dimana tempat terakhir dia bersama Allahyarham ayahnya.

Al-Quran yang dihadiahkan oleh ayah dahulu masih berada diatas meja.Nizam semakin sebak dan sayu.Dibeleknya al-Quran itu.

Tiba-tiba ada sesuatu yang terjatuh.Beeppp!dari celah lembaran al-Quran itu.
"Ya Allah!Nizam terduduk digengamnya erat kunci kereta sport hadiah ayahnya.Ibarat perangai Nizam seperti kera mendapat bunga


Al-quran adlah kalam allah yang terakhir pelihara laahh..kerana dia yang akan menerangkan kubur kita dikala kita kegelapan.

moral value:Kita seringkali menolak rahmat dan keberkatan kerana ia tidak selalunya dipersembahkan dalam seindah-indah rupa.Benarlah,sesuatu yang manis dan cantik itu kadangkala dibalut dengan dengan kepahitan,sesuatu yang indah pula dibalut dengan kesusahan.Sama macam kita mahukan syurga dan neraka kan..kan.yang ditulis diatas bukan bukan idea saya copy je :peace kerana tertarik dengan jalan cerita yang sungguh mendalam.
SEYES TERIMA KASIH, USHA LAGI,TAK ADA ORANG NAK MARAH PON!

0 seyes betul ey?: