bismilahhirrahmahnirahim..
Sebenarnya lama sudah nak share info solat ni tapi selalu bertangguh..yang info solat mak aku cakap tak ade pon..dalam pelajaran cume kita buat supaya lebih sempurna solat.
|jari dibengkok sedikit ketika tasyahud|
-Pernah dengar tak info ni.uh..actually aku baru je dengar..hee...sebelumm ni jari aku pandai jee,lurus,bengkok tak ambil kisah.Tapi banyak pendapat,ada ulama yang pendapat elok untuk kita bengkokkan sedikit ketika dinaikkan sebagai tanda kita lebih tawaduk.
-Ada dalil hadis yang yang mengambarkan situasi tersebut daripada Malik bin Numair dan ayah berkata "aku melihat Nabi s.aw meletakkan siku kanannya diatas paha kanan,sambil mengangkat jari telunjuk yang telah dibengkokkan(ditundukkan sedikit jari).
-Jesteru,apabila korang2 sudah mengetahui ilmu baru berdasarkan riwayat ni dan beberapa pendapat ulama berkenaannya,harus untuk beramal ey dengan niat dapat pahala :).
|Melihat jari telunjuk ketika tasyahud|
Ehhh...ni lagi satu aku tidak pernah buat sebelum ni kui3..
-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :''Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila bertasyahud,Baginda meletakkan tangan kirinya diatad paha kiri,tangan kanan diatas paha kanan dan setiasa mengisyaratkan dengan jari telunjuknya serta satu lagi nak ke tak nak tidak boleh melepaskan pandangan matanya daripada jari isyaratnya."(Riwayat Abu Daud,Ibn Habbar dan Ahmad).
-Sunat untuk melihat jari telunjuk semasa menaikkan jari ketika tasyahud berdasarkan hadis diatas.Demikian yang dipegang oleh Iman al-Baihaqi,Iman al-Namawi dan kebanyakan ulama mazhab Syafi'ii,ulama lain ambe tak tau.
-Jadi,dah tahu kang?kita harus berpegang kepada ijtihad sebahagian besar ulama hadis berkenaan sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tasyahud.
sumber :formula solat sempurna by ustaz zaharudin abd rahman,terbitan telaga biru sdn bhd.
|Tunduk rukuk 90 darjah|
-Info solat ni aku tahu selepas ditegur oleh kawan aku mybe aku tunduk terlau bawah kot 120 darjah heee...kalau dah terbiasa dengan cara lama susah nak buang tapi berusaha..berusaha neh.Hal ni kena ambil berat sebeb tujuan kita solat bukan bacaan saje tapi perbuatan..
|Letak penghadang di depan ketika solat|
Mungkin perkara ni sering diabaikan,mungkin kerana tiadak tahu atau tidak ambil kisah.
-di antara sunnah yang sering diabaikan ketika solat adalah meletakkan penghadang atau disebut dalam hadis sutrah ...kalau nak senang ambil je benda -benda yang ada disekitar bantal pun jadi ler.Ini bagi mengelak kesempurnaan solat terjejas atau terbatal apabila ada orang lalu-lalang melintas dihadapan kita ketika sedang solat tanpa dihalang.Perkara ni buat kita tidak kunyuk?betuk tak?
-Sabda Rasulullah: “Janganlah engkau solat melainkan dengan menghadap sutrah (pembatas/penghadang). Dan jangan engkau biarkan seorangpun melintas di hadapan kamu (ketika sedang solat). Jika tetap melinas juga, maka lawanlah ia, sesungguhnya ia bersama dengan qarin (syaitan)” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)
copy sumber from facebook OH ISLAM
Firman Allah swt:
"......sesungguhnya sembayang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar..."
surah Al-Ankabut [ayat 45]
wallahu'alam
p/s:minta maaf jika tersilap,saya budaak baru belajar baru belajar baru belajar kalau salah tolong betulkan..ikan you bulan mac terima kasih kerana membaca :) "JAZAAKALLAHU KHAIRAN"..peaceeeee.
0 seyes betul ey?:
Post a Comment