17 March 2012

|Lawak| Pantai Kayu Buruk

Kisah ini berlaku semasa aku tingkatan tiga.Dalam kelas ku terdapat lebih kurang 35 orang pelajar.Aku berada di kedudukan belakang sekali dan di sebelah ku adalah seorang kwan yang nakal dan suka mengenakan orang lain.

Pada suatu hari...,guru geografi bertanya kepada semua murid tentang tempat-tempat perkelahan yang terkenal di Malaysia.Dia menyoal seorang demi seorang dari barisan hadapan hingga belakang.Aku mula menyenaraikan 20 nama tempat-tempat berkenaan.

Oleh sebab aku berada dibarisan belakang,nama-nama tersebut  telah pun disebut rakan-rakan ku  yang berada dibarisan hadapan.Aku mula gelabah.Entah apa yang aku nak sebut apabila cikgu soal nanti.

Tiba-tiba aku teringat sebuah pantai di Terengganu,tapi tak pasti namanya Batu Buruk atau Kayu Buruk.Aku mula berfikir mengikut logik ku; 'takkan batu boleh buruk,mesti kayu yang buruk,'Oleh sebab aku masih waswas lagi,aku pun bertanya kepada rakan disebelah ku tentang nama tersebut dan dia bersetuju dengan pendapat aku tadi.

Apabila smpai giliran ku,dengan selamba aku bangun dan menjawab;"Pantai Kayu Buruk ,cikgu."Apalagi semua rakan ku ketawa terbahak-bahak setelah mendengar jawapan ku tadi.Merah pada muka ku menahan malu.Aku melihat rakan sebelah ku juga ketawa.Geram betul aku..cisss
SEYES TERIMA KASIH, USHA LAGI,TAK ADA ORANG NAK MARAH PON!

0 seyes betul ey?: