03 March 2012

Iblis Dilaknat Allah Kerana Keingkarannya!

Pada satu ketika,sebelum terciptanya bani Adam  di muka bumi,terdapat sejenis makhluk yang suka hidup dalam keadaan bergaduh dan membuat kekacauan di muka bumi Allah.Makhluk itu adalah jin dan syaitan yang sekarang ini satu golongan yang dilaknat Allah hinggalah ke hari kiamat.Kemudian,Allah Taala telah mengangkat sejenis bangsa jin yang bernama Azazil untuk hidup bersama-sama malaikat yang kuat beribadat kepada Allah Taala.

Daripada makhluk yang suka bergaduh sesama sendiri,Azazil berubah menjadi makhluk Allah yang paling kuat beribadat dan terkenal di kalangan para malaikat di langit.Azazil menjadi makhluk disayangi Allah kerana ketaatannya(mungkin kerana disayangi Azazil menjadi angkuh dan sombong).Malah,Azazil juga menjadi ketua kepada semua malaikat.Hal ini berkekalan hinggalah satu sejenis makhluk yang yang sekarang sekarang hidup dimuka bumi ini yang bernama manusia.Pada  peringkat awal penciptaan Nabi Adam a.s.,semua malaikat mempersoalkan rasional penciptaan itu .Walau bagaimanapun akhirnya semua malaikat tunduk di bawah kekuasaan Allah lalu sujud kepada Nabi Adam a.s., kecuali azazil seorang.

Bermula dari detik itu ,Azazil yang sekarang yang dikenali dengan nama glamornya sebagai iblis laknatullah telah dibuang ke muka bumi.Lihatlah.disebabkan keingkaran iblis dengan perintah allah ,lalu dalam sekelip mata darjahnya jatuh serta-merta dan tiada tiada lagi gelaran kehebatan diberikan kepada iblis.Malah,menjadi musuh orang  beriman dan musuh Allah hinggalah ke hari kiamat.Dalam kehidupan tidak menerima hukum hakam Tuhan juga bererti ingkar atau  melanggar perintah tuhan.Jika difikirkan secara rasional,jika kita tidak mahu mengikut perintah Allah,Tuhan semesta alam,peraturan siapa yang mahu kita ikut?


Syaitan atau iblis sudah berjanji untuk mengasut manusia dalam apa keadaan apa pun.Justeru,sebagai manusia yang bijak pandai kita mesti bijak menanganinya iaitu Syaitan pernah berkata dia akan menganggu manusia dan terus menganggu manusia sehingga manusia tengah nazak iblis akan berusaha membisik sesuatu,tiada yang terlepas kecuali orang yang ikhlas beribadat
kepada allah.


Peribahasa untuk entri ini dan unuk hari ni;
"Cukuplah!" kacang lupakan kulit" yang pernah melindunginya,
jangan pula kita lupakan tuhan  yang bukan sahaja
melindungi malah mencipta kita,kejamkan manusia?


SEYES TERIMA KASIH, USHA LAGI,TAK ADA ORANG NAK MARAH PON!

1 seyes betul ey?:

syira said...

saya pun xde tahi telinga..pelik juga...mase saye kecik2 ada something dlm telinga..so pegi la jumpa doc..then..pas tue bila besar..sies xde tahi telinga...