04 March 2012

Pelembut Hati Yang Babel Dan Kotor

Assalaimualaikum :)

Pernah berdoa seperti ini"ya Allah kau lembutkan hati aku keras seperti batu ini"
walaupun tidak sebijik sebijan seperti diatas saya berharap sangat kita selalu menyebut perkataan sama erti seperti itu.Semua orang dah tahukan,Hati merupakan raja dalam diri manusia,memerintah anggota badan untuk melakukan yakni baik atau buruk(selalu dengar kan).Bagi aku manusia yang ada hati bersih pasti bukan saja baik luaran tetapi dalaman juga bersih,itu manusia yang boleh dipanggil mukmin sejati.Manusia yang baik luaran saja dipanggil munafik.Kita tak boleh kata macam ni"Aku jadi munafik jep,bukan kafirun pon" tau tak orang munafik allah murka.Satu lagi yang sering dengar,mulut jahat tape asal hati baik.Ni pon tak baik.

Uh,saya pernah menanyakan dengan diri sendiri,adakah saya juga dikira munafik mempostkan entri yang sebegini tetapi saya bukan sebegitu rupa,teragak sebenarnya nak type.Semoga allah yang menjadikan hati kita sebaik hati rasullah s.a.w.Nak berkongsi satu cerita,masa kecil dulu aku selalu anggap jantung itu hati sebab kalau lukis love kata hati,cinta la macam2....oleh sebab saya anggap jantung itu hati ,nak kongsi satu acticle kat paper berkaitan dengan jantung iaitu ada seorang penerima jatung daripada penderma yang meninggal dunia akibat bunuh diri.Kerana jatung  pembunuh diri sihat maka didermakan kepada seorang pesakit jantung kronik.Apabila penerima organ itu sembuh dia berjumpalah ahli keluarga penderma tersebut,apabila apabila melihat muka isteri penderma tersebut dia seperti sudah lama mengenali wanita tersebut.Selang tak berapa lama,lelaki tersebut meninggal dengan cara yang sama iaitu suicide(bunuh diri loghat omputeh).Hebatkan kuasa allah?(dah pangjang sgt saya tlis,takut orang malas baca pulak,baca sekali imbas jadi la ^^)


MELEMBUTKAN HATI GUNA CARA PAKTIKAL....

  • sebut Astrifullallazim sebanyak mana yang boleh,dikira memohon ampun kepda allah.
  • selalu melawat kubur kerana dia akan menenangkan jiwa dan hati dan membuatkan kita selalu ingat mati.
  • solat dengan kusyuk,saya percaya manusia seperti kita tidak akan ada kusyuk 100% tapi ingat mencuba lebih baik daripada putus asa,dan manfaatkan hati ketika solat janganlah ingat tah lain pulak masa itu.CTH tunjuk aku ke jalan yang lurus(dlm fatihah)erk mulalah ingat nak masak daging ke ayam...smpaii kat amin!masak daging sedop..hehee sy pun mcm ni.
  • apbila sudah sembayang tapi hati masih keras tidak juga lembut2 bak soflan meh kat saya mari saya ganti,hahaha,mengajilah kamu dengan baca al-quran kerana didalamnya terkandung pelbagai ilmu.Tak faham maksub tape dpat pahala.
  • tidak berjaya juga berzikirullah ,sebut namanya lama hati kita akan beransur lembut.amin.
  • Tidak lembut2x juga hati itu,berdoa kepada Allah agar memberikan hati yang baru kepada kamu.

Cakap pasal doa ni saya nak share doa yang boleh diguna untuk rawat hati yang sakit.Tetapi doa ni perlu ditiupkan dalam air saya tekankan dalam air

Doa pangjang sedikit 

"(21) kalau sekiranya kami menurukan al-quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu akan melihatnya tunduk
 berpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan2x itu kami buat
untuk manusia supaya mereka berfikir.(22) Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah)
sselain Dia,yang maha mengetahui yang ghaib dan nyata,Dialah yang pemurah lagi maha penyayang.
(23)Dialah Allah yang tiada  tuhan(yang  berhak disembah ) Dia,Raja,yang maha  Suci,yang 
Sejahtera,yang mengurniakan keamanan,yang maha pekasa,yang Maha Kuasa,yang
memiliki segala keagungan,Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutuan.
(24)Dialah Allah yang menciptakan,yang mengadakan,yang membentuk rupa,yang mempunyai
Nama2x yang paling baik.Bertasbih kepadanya apa yang ada dilangit dan dibumi.Dan
Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."[surah al-Hasyr 21-24]


Doa panjang sedang

"(1) Taa Haa (2) kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhamad )supaya engkau 
supaya engkau menanggung kesusahan.(3)Hanya untuk menjadi peringatan bagi
orang2x  yang takut melanggar perintah Allah,(4)(Al-Quran) diturunkan dari (tuhan) yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi.(5) iaitu (Allah) ar-Rahman,yang bersemayam diatas Arasy."[taha 1-5].

Doa pendek letewww.

"Ya allah,lembutkanlah  bagi(sebutkan nama orang yang perlu dikasihi)hati
(sebutkan nama orang yang keras hati)sepertimana Engkau telah 
lembutkan besi bagi Nabi Daud."

fuhhh..lepas doa tak habis lagi...


Cara Nak guna Air yang kita buhhhkan doa dalam air......>

-lepas baca doa kat pesakit dan air,air tu sapulah kat dada pesakit mean macam orang nak lembutkan hati laah,berserta selawat sekali.Sementara untuk kegunaan mandi-manda pulak,mandi macam biasa main jirus2x air dahulu dan kemudian bilas laah dengan sebaldi air yang telah dicampur dengan satu cawan air doa tadi.

setakat ni saje dapat kongsi-kongsi,beramal dengan hati yang bersih semoga kita ditempat disyurga paling tinggi iaitu syurga firdausi.terlebih pangjang ler plak minta maaf okey.Jom lepas ni main2x cuci hati macam malaikat jibrail buat kat nabi dengan cara yang diajar tadi muehehe.....



orang mukmin yang melakukan dosa,dosa itu berupa titik
hitam yang gelap. sesal dan minta ampun
untuk menghapuskan titik kotor itu.
"BAJU KOTOR BOLEH DIBERSIH,HATI YANG BERSIH SUSAH DICARI"

Ali bin Abi Talib pernah berkata:"sesungguhnya hati boleh bosan bosan seperti badan.Oleh kerana itu carilah segi2x kebijaksanaan demi kepentingan hati."

 Dan katanya pula,"Istirehatkanlah hatimu sekadarnya,sebab hati itu apabila tidak suka,boleh buta."

Bersihkan HATI sebelum terlambat.....
Bila langkah memberat
Bila gerak melambat
Bila jiwa hampa
Bila hati kosong
Bila ibadah tidak khusyuk
Bila dosa jadi biasa
Bila maksiat tidak ada apa-apa
Bila tekanan menimpa
Bila resah mendesah
Bila ukhwah tidak terasa
Bila cinta manusia rasa nikmat
Bila pandangan tak terjaga
Bila emosi tidak terkawal
Bila yang sunat pun malas
Bila Al-Quran pun sekejap-sekejap
Bila kata-kata banyak lagho
Bila mad'u lari dah mula terasa
Bila rasa nak lari jauh-jauh
Bila rasa down, down, down..............

Itu TANDANYA..

Hati KOTOR
Hati GELAP
Hati LEMAH
Hati PENAT
Hati KRITIKAL...

>>> Patah balik ke "HOSPITAL" Tuhan, cari HATI..bina IMAN..✿✿

p/s : PAHIT sekali bila BERBUAT DOSA..bila hati tidak tenang, bila jiwa kacau..bila rasa ada yang seolah-olah hilang..bila rasa ada yang tidak beres, bila rasa ada yang kurang..bila tidak mampu nak rasa bahagia dan tenang, yang..speechless! Entah, taktau nak illustrate macam mana..

Tapi, sungguh nikmat dan manis sekali bila merasakan itu tandanya Allah sayangkan kita..dia bagi kita rasa SAKIT, sebab Dia nak kita cari PENYEMBUH..dan penyembuhnya, tidak lain tidak bukan, Dia sendiri..Dia nak kita sujud, dan mohon ampun..Dia nak kita luahkan kelemahan kita, persembahkan ketaatan total, dan pinta KEKUATAN dari Dia..♥♥

AllahhuAllah..sesungguhnya aku LEMAH SEKALI..:(

-H.A-

















































































 




 
SEYES TERIMA KASIH, USHA LAGI,TAK ADA ORANG NAK MARAH PON!

0 seyes betul ey?: